Monday, March 14, 2011

coke dan sundae!

salam peeps!boleh tak coke dan sundae bersama??boleh weh!percaya la!hihi..en.bebeh ngan ifa camtue ke ek??xtau..haha..teringat plak komik gempak star yang ifa suka baca dulu..ada je die buat komik tajuk nie tau..tup2..ada plak novel tajuk nie..patut ifa dok fikir..mana la pernah jumpa coke dan sundae nie..ingatkan ifa baca novel nie dah..sekali bukan..rupanya komik kesukaan dulu..hihi..

papepun..sila la baca coke dan sundae nie!best gle weh!haha..kadang2 geram pun ada gak..ye la..sorang ego nak mampus..sorang lampi nie..pastu yang gurl tue kasar ok!haha..pastu lembab gle nak detect..haha..adoi la..memang macam2 peel nie tau ada dalam cerita ni..

nie cover depan die..cumilkan...=)
ada juga c ketot sibuk nie..hihi

nie cover belakang die plak..hihi

jum baca sinopsis cerita nie!

Boleh ke Coke dan sundae bercampur? Apa rasanya ye? Sedap ke? Boleh telan ke? Itulah yang terjadi apabila Azyan bertemu dengan Syakir. Mereka berdua tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bersua, pasti mereka akan berperang mulut. Cuma tak angkat senapang aje. Azyan mendambakan seorang kekasih yang lebih gagah daripada pujaan hatinya, The Rock. Sementelah dia merupakan juara tae kwan do peringkat sekolah dan daerah. Tambahan pula, dengan didikan ala-ala tentera daripada ayahnya, Mejar Idris, Azyan merupakan seorang gadis yang tough dan maskulin. Tentulah dia mahukan seorang pria yang gagah perkasa, laksana pahlawan zaman dahulukala. Azyan dalam diam-diam menaruh hati terhadap Haziq, sepupu musuhnya, Syakir. Dia pernah melayangkan surat cinta buat Haziq tetapi tersalah ‘landing’ kepada Syakir pula. Dan itulah modal utama yang Syakir gunakan untuk memaksa Azyan menyertai kelab teaternya. Syakir telah lama jatuh hati pada Azyan. Malangnya dia bukanlah mat jiwang karat. Dia sendiri geli untuk mengucapkan perkataan ‘I love you’ mahupun ‘sayang’ kepada Azyan. Satu sahaja caranya menarik perhatian Azyan: melalui kata-katanya yang pedas lagi berbisa. Yang Azyan pula, slow nauzubillah! Dah banyak kali Syakir bagi hint, dia langsung tak perasan. Sedangkan semua orang tahu yang Syakir ada hati pada Azyan. Bila agaknya Azyan yang gemarkan air Coke boleh ngam dengan Syakir yang sukakan aiskrim sundae? Sebuah kisah cinta kelakar yang rugi jika tidak dimiliki!

so macam mana??serius best weh..tapi tak tau la korang..hihi..ifa suka je..sebab sweet nie..even gaduh2...haha..enjoy it!

4 comments:

alinac lover said...

la coke n sundae mmg best la sedap hehehhe

SyUhAdA said...

mcm bes je ifa..
pinjm leh?hee

mama wanie said...

wahhh...bunyik cam best jer..

lama tak layan novel nih...

tiefazatie said...

yong: haha..mknn je ingat ek..haha

syu: best2..hihi

mamawanie: hee..best sis..meh ah baca..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...