Saturday, June 18, 2011

review : novel seandainya kau ada by kamsiah abu

salam peeps!hye2...novel nie dah lama dah kuar..last year nie..tapi ifa baru je baca..ingat kan yang menang haritue..hihi..my mum yang nak nie..ifa tukang baca je..hehe...cte yang nie sedih gak nie..macam2 masalah nie..hee..cian syahirah nie...iskandar pun kesian gak...tapi sebab dah suka..die sabo je la..hihi

nie pasal syahirah yang bawa diri sebab last minit tunang die, fazlur cancel nak kawen nie..tapi ada sebab kenapa..baca nanti tahu ek..hihi..tapi dasat gak sebab die pergi kawen lain nie..pelik2..lepas tue ble c syahirah nie balik malaysia balik..sebab nak kawen ngan iskandar..fazlur nie muncul balik..

pelik ifa..perlu ka die sibuk2 nak bersihkan nama die balik??time syahirah dah kawen ngan iskandar la baru die nak explain nape die xnak kawen ngan syahirah dulu..kunun2 nak syahirah tau niat die baek..ntah pape..adeh..pastu cian gak kat rozita bini fazlur..isk2..macam2 konflik ada nie tau..tapi ifa salut ah iskandar nie..memang cinta sayang betol kat syahirah nie..hehe..sweet je nie..romantis..hihi..tapi last2 dorang sume kawan nie..erm..not bad la cte nie..nice juga..hihi..try baca..korang nanti berfikir2 nie..hehe..

nie cover depan novel..hijau kan...
memang sejuk mata memandang...=)

nie cover belakang novel ek..
novel nie harga die rm19.90 je..mampu milik la..hehe..

nie sinopsis kat belakang novel tau..hee..=)

Apabila yang diimpikan dan diharapkan tidak menjadi kenyataan walaupun ianya sudah berada di depan mata, Nur Syahirah jadi bagaikan layang-layang putus tali. Nur Syahirah berkelana ke negara yang amat asing baginya kerana membawa hati yang duka lara. Berbekalkan kecekalan hati dan kekuatan semangat yang masih bersisa, Nur Syahirah cuba membina hidup baru di perantauan.

Di dalam kehidupan global tanpa sempadan itu, Nur Syahirah bertemu dengan Isaac. Perkenalan di alam cyber telah menjadi realiti kehidupan di alam nyata apabila Isaac menjejaki Nur Syahirah di negara yang berlainan benua itu. Cinta yang luhur membawa Isaac mencari Nur Syahirah, gadis yang dipujanya walaupun belum pernah bertentang mata. Bagaimanapun, Nur Syahirah jadi keliru apabila Iskandar, tiba-tiba muncul antara dia dan Isaac. Amat payah untuk Nur Syahirah menerima cinta Iskandar ataupun Isaac kerana kisah pilu dahulu sentiada membelenggu hidupnya.

Akhirnya, Nur Syahirah mengahwini Iskandar. Namun, kebahagiaan Nur Syahirah disamping suami tercinta diduga lagi. Fazlur, lelaki yang pernah mengecewakannya kembali menagih perhatian Nur Syahirah. Walaupun telah berkahwin dengan wanita pilihannya, Fazlur masih mengharapkan kehadiran Nur Syahirah semula. Nur Syahirah yang merasakan bahawa Fazlur perlu mendapat sokongan dan perhatiannya, telah menyebabkan Iskandar berada dalam keadaan serba salah. Apakah reaksi Iskandar terhadap isterinya itu?

5 comments:

BlueberrY CheesE said...

wow, sama nama lahhh. haahah. perasannnn. hebatnyer 'syahirah; dalam cerita ni..rebutan ramai jejaka. hurm, sesuai kot cerita ni dengan maksud nama syahirah tu sendiri 'yang masyhur'..

Mama Zharfan said...

dh lama tak layan novel, time bujang me suka baca novel :) tp mcm kat alam fantasi ajer heheh

♥SyilaSyira♥ said...

mcm best je cete dier...ifa siap bg sinopsis lagi tu..lama dah xbeli novel..kene terjah kedai buku nanti

kiwi said...

tak pernah beli buku prima. suka alaf21, tapi penulis tertentu aje. suka kaki novel jugak, murah dan berbaloi2. hehe

tiefazatie said...

syira: ye kan..hihi..owh ye ke..aptut la jadi nama pilihan penulis nie syira..hee..tq bagitau..=)

mz: hee..ye ke..aah sis..berangan sokmo nie..haha

syila: hihi..best2..hee..ckp pun review kan sis..haha..kang letak je xbest lak..hehe..

kiwi: owh ye ke..ifa xsuka sgt alaf21 dh..sbb byk xbest..haha..kakinovel pun byk gak beli..hihi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...